BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

janji cinta buat mu...

janji cinta buat mu...
with love...

Friday, November 26, 2010

keistemewaan wanita..

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam surga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki surga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahwa surga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki surga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Tuesday, November 9, 2010

Pesanan adam buat ku......

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Saudariku.....


Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu; namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......


Saudariku.....


Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga *****ka dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....

...sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......

Namun .............

ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........


Saudariku.....


Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"………….

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Saudariku...


Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...

Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta" ...

cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta , Cintailah dirimu terlebih dahulu , mengka***** hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..

Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............


Saudariku...

Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu.....

Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama : "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa , menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri.


" "ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA'...

Wednesday, November 3, 2010

Nikmat yang Allah beri.... (alhamdulillah)

Iza bangun seawal 5 pagi hari ini...Saat mata terbuka iza menarik nafas panjang dalam masa yang sama sempatku   mengucap syukur kerana Allah masih beri kesempatan untuk iza merasa nikmat bernafas sekali lagi.


Hanya itu yang mampu iza ucapakan dan lafazkan saat itu kerana malam tadi terasa mungkin tidak akan berpeluang untuk merasa hembusan bayu pagi ini lagi...
Tapi Allah yang maha kuasa memegang segala yang ada pada umatnya,subhanallah.

Pelan-pelan iza bangun dan mengemas selimut yang telah di gunakan,setelah berpuas hati dengan susun atur iza menuju kebilik air untuk mencuci muka seterusnya mengambil air wuduk.Sungguh walaupun terasa dingin air pagi itu,namun tidak terlawan dengan nikmat yang dirasai kerana berwuduk.

Pagi itu iza solat dengan dengan penuh khusyuk,hanya kepadanya iza mengadu agar di berikan kesihatan yang lebih baik untuk hari ini...amin

(my dictionary)
-iza= singkatan kepada shanieza(saya)



 

ADAKAH WAKTU......?

Ambillah waktu untuk berfikir,
Itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain,
Itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
Ambillah waktu untuk berdoa,
Itu adalah sumber ketenangan,
Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan,
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
Ambillah waktu untuk bersahabat, Itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
Ambillah waktu untuk tertawa,
Itu adalah muzik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi,
itu dapat membuat hidup terasa bererti,
Ambillah waktu untuk bekerja,
Itu adalah nilai kehidupan Abadi...

Tuesday, November 2, 2010

JiKa iA sEbUaH cInTa.......

Jika ia sebuah cinta ,ia tidak mendengar,namun sentiasa bergetar...


Jika ia sebuah cinta,ia tidak buta namun sentiasa melihat dam merasa...


Jika ia sebuah cinta,ia tidak menyiksa namun sentiasa menguji...


Jika ia sebuah cinta,ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha...


Jika ia sebuah cinta,ia tidak cantik tapi sentiasa menarik...


Jika ia sebuah cinta,ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati


Jika ia sebuah cinta,ia tidak hanya berjanji namun cuba sentiasa memenangi...


Jika ia sebuah cinta,ia mungkin tidak suci namun sentiasa harmoni...


Jika ia sebuah cinta,ia hadir tidak kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan...


Jika ia sebuah cinta,ia tidak hadir kerana kekayaan dan kebendaan,namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...


Jika ia sebuah cinta sudah pasti kerana ia JODOH dari Allah....


AMIN...