Iza bangun seawal 5 pagi hari ini...Saat mata terbuka iza menarik nafas panjang dalam masa yang sama sempatku mengucap syukur kerana Allah masih beri kesempatan untuk iza merasa nikmat bernafas sekali lagi.
Hanya itu yang mampu iza ucapakan dan lafazkan saat itu kerana malam tadi terasa mungkin tidak akan berpeluang untuk merasa hembusan bayu pagi ini lagi...
Tapi Allah yang maha kuasa memegang segala yang ada pada umatnya,subhanallah.
Pelan-pelan iza bangun dan mengemas selimut yang telah di gunakan,setelah berpuas hati dengan susun atur iza menuju kebilik air untuk mencuci muka seterusnya mengambil air wuduk.Sungguh walaupun terasa dingin air pagi itu,namun tidak terlawan dengan nikmat yang dirasai kerana berwuduk.
Pagi itu iza solat dengan dengan penuh khusyuk,hanya kepadanya iza mengadu agar di berikan kesihatan yang lebih baik untuk hari ini...amin
(my dictionary)
-iza= singkatan kepada shanieza(saya)
1 comments:
semoga kita akan menyedari bahawa segala yang ayng diberikan Allah adalah nikmat tanpa kita sedari nahawa dugaan yang Allah beri juga adalah nikmat jika kita mensyukurinya
Post a Comment